Tuesday, December 5, 2006

PENYAKIT MULUT

Halitosis: Mulut bau bangsal, telur busuk
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

“IA menghancurkan hidup saya.” “Saya rasa seolah-olah mulut saya kotor sangat.” “Saya tidur berasingan dengan suami.” dan “Seperti menghidap kanser.”

Memandangkan mulut begitu penting dalam soal menjaga imej dan harga diri, persepsi seseorang yang mengalami nafas berbau mungkin membawa kesan serius.

Kenyataan yang dibuat oleh orang ramai seperti di atas mencerminkan betapa seriusnya masalah ini.

Para penyelidik kesihatan oral (mulut) mendapati bahawa nafas berbau, yang boleh meregang hubungan peribadi dan dalam sesetengah kes, menjejaskan kerjaya seseorang, sebenarnya berpunca daripada permukaan lidah.

Bahagian inilah tempat kegiatan bakteria paling berleluasa dan bahagian belakang lidah, telah dikenal pasti sebagai punca utama halitosis di kalangan 85 peratus daripada orang yang mengalami nafas berbau.

Nafas berbau masalah yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dari segenap lapisan masyarakat termasuk guru, pegawai bank, peguam, doktor, pelakon dan juga orang kebanyakan.

Menurut satu kajian terkini, nafas berbau disebabkan oleh bakteria yang terselit dalam rekahan dan ruang dalam lidah.

Bakteria boleh menyebabkan masalah lebih buruk daripada halitosis - iaitu plak, gingivitis dan penyakit periodontal.

Lebih 90 peratus daripada bau busuk dalam nafas disebabkan oleh bakteria dalam mulut, khususnya di belakang lidah.

Bakteria yang tertinggal dalam lidah membebaskan sebatian sulfur meruap (SSM) yang menyebabkan nafas berbau.

Adalah dianggarkan, nafas seseorang mungkin mengandungi 400 SSM yang boleh mengeluarkan gas berbau termasuk hidrogen sulfit (bau telur busuk) dan metil merkaptan (bau bangsal).

Amalan memberus gigi dan tisu lembut dalam mulut dengan bersih dan teliti telah terbukti sebagai amalan paling berkesan untuk mencegah atau mengurangkan nafas berbau dan masalah kesihatan oral.

Memandangkan pelbagai bakteria yang menyebabkan nafas berbau melekat pada lidah dan bahagian dalam pipi dan mulut serta gigi, anda disyorkan agar turut membersihkan lidah dan bahagian dalam pipi sebagai sebahagian rutin pembersihan biasa.

Pembersihan lidah adalah sebahagian daripada konsep mulut bersih sepenuhnya yang merangkumi gigi yang bersih, kesegaran tahan lama, nafas tidak berbau dan pencegahan penyakit gigi.

Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn. Bhd., John Hazlin berkata, para pengguna kini boleh mendapatkan berus gigi pembersihan seluruh mulut Colgate 3600 dengan pembersih lidah yang direka cipta khas.

“Colgate-Palmolive kini menyertai peperangan menentang nafas berbau menggunakan penyelesaian lama, iaitu pembersihan lidah.

Penting

“Langkah memperkenalkan berus gigi baru ini menekankan betapa pentingnya pembersihan lidah, kerana menurut Soal Selidik Penjejakan SMR pada Mac 2005, sebanyak 53 peratus daripada pengguna sasaran mendakwa mereka membersihkan lidah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 77 peratus daripada angka itu pula mendakwa menggunakan berus gigi untuk membersihkan lidah manakala baki 23 peratus pula berkata mereka menggunakan alat pembersih lidah.

Hazlin menyifatkan berus gigi pembersihan seluruh mulut Colgate 3600 itu sebagai pelaburan terbesar dalam pembangunan produk dan penyelidikan klinikal Colgate dalam dekad lepas.

Beliau berkata, Colgate 3600 itu telah terbukti secara klinikal dapat membuang 96 peratus daripada bakteria yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

“Berus gigi Colgate 3600 mempunyai pembersih lidah baru unik yang terletak di belakang kepala berus untuk membantu membuang bakteria yang menyebabkan nafas berbau.

“Tekstur pembersih yang ditinggikan pada bahagian pembersih lidah akan menanggalkan sisa yang menyebabkan bau pada lidah dan juga membantu membersihkan bahagian dalam pipi - satu lagi tempat persembunyian bakteria penyebab bau,” tambah Hazlin.

Sambil pembersih lidah membuang bakteria yang menyebabkan bau, berus antara gigi membersihkan celahan gigi dan di sepanjang barisan gusi.

Tangkupan pengilat pula membantu membersihkan kotoran pada gigi. Hujung pembersihnya mampu sampai ke bahagian yang sukar dicapai.

Berus gigi pembersihan seluruh mulut Colgate 3600 boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, gedung runcit dan kedai farmasi utama pada harga pengenalan istimewa RM9.30 (biasa RM10.90) hanya untuk tempoh terhad.

http://www.utusan.com.my, 12 Mac 2006

TAMBAHAN
1)Utusan, Penyakit Gusi Menular Ke Jantung, 2 April 2006
Utusan, 6 Ogos 2006, Lidah jadi petunjuk kesihatan

No comments: